Wednesday 12 October 2011

Spam

Spam merupakan suatu bentuk gangguan dalam perhubungan internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak dikehendaki. bentuk yang paling terkenal adalam spam e-mail.

Jenis-jenis spam 

  • spam e-mail
  • spam chat
  • spam forum
  • spam SMS


Blog

Blog ialah sebuah laman web yang kemasukan - kemasukannnya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk.


Wi-Fi

Wi-Fi merupakan singkatan untuk Wireless Fidelity tetapi sebenarnya ia dipilih mengikut pola "Hi-FI". Ia merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar (WLAN). Kelebihan Wi-Fi ialah ia berasaskan piawaian IEEE 802.11, manakala jarak capaian juga jauh iaitu antara 75 hingga 125 meter.


Bluetooth

Bluetooth ialah satu piawaian teknologi wayarles terbuka untuk penukaran data pada jarak dekat (menggunakan gelombang radio julat pendek) dari alat-alat mudah alih dan tetap, mencipta rangkaian kawasan persendirian (PAN) dengan tahap keselamatan tinggi. Kini, bluetooth ditadbir oleh Bluetooth Special Interest Group (SIG) 


domain

Istilah nama domain 

  • nama yang digunakan sebagai alamat suatu komputer dalam dunia internet (ms.wikipedia.org)
  • hasil pendaftar nama domain kepada pelanggannya.Ini selalu disebut nama domain berdaftar
  • nama untuk tujuan lain dalam Sistem Nama Domain (DNS) 


Dalam pengkomputeran , phising adalah satu cubaan bersifat jenayah serta penipuan untuk mendapatkan maklumat sensitif di dalam perhubungan elektronik seperti nama pengguna, kata laluan dan butiran kad kredit.
Phising dilakukan melalui e-mail atau pesanan ringkas. Hubungan telefon pernah juga digunakan . Merupakan contoh teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk memperdayakan pengguna.

Tuesday 20 September 2011

Tugasan 5


komputer mikro

  1. Komputer mini mempunyai kemampuan berapa kali lebih besar jika dibandingdengan personal komputer. Hal ini disebabkan kerana micro-pocessor yang digunakan untuk memproses data memang mempunyai kemampuan jauh lebih unggul jika dibanding dengan micropocessor yang digunakan pada personalkomputer. Saiz pisiknya boleh sebesar almari kecil.

Mini Komputer
Mini Komputer bersaiz sederhana besar dan mempunyai kebolehan yang sederhana. harganya pula rendah.



Work Station
WorkStation ialah mikrokomputer yang berprestasi tinggi yang digunakan untuk melakukan grafik dan animasi. WorkStation lebih laju daripada komputer peribadi.



Main frame
Bersaiz besar dan berkebolehan tinggi. Ia boleh mengendalikan berjuta-juta pengguna dalam pengiraan sesaat.



Super Komputer

Komputer bersaiz besar yang mempunyai keupayaan yang sama dengan Main Frame. Ia boleh mengendalikan berbilion pengiraan sesaat. Digunakan dalam proses pengiraan berat, seperti ramalan cuaca dan kaji cuaca.

Tuesday 16 August 2011

PEMBETULAN UJIAN PENILAIAN 3

1.Output merupakan sebarang arahan yang dimasukkan ke dalam ingatan komputer.

3.Didalam generasi penciptaan komputer,transistor digunakan di dalam generasi kedua.

8.Webcam membolehkan pengguna di rumah untuk menangkap video dan gambar statik.

9.Ismail adalah seorang guru ict . beliau ingin menyampaikan pelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar multimedia.senaraikan peranti output yang diperlukan.

II.SPEAKER   IV . LCD PROJECTOR

Friday 22 July 2011

TOPOLOGI BINTANG
Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari komputer akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab.
Topologi bintang ini juga boleh dikembangkan untuk membentuk rangkaian yang dikenali sebagai topologi bintang hibrid iaitu sambungan dengan beberapa hab.
Setiap komputer di dalam topologi bintang berkomunikasi dengan hab pusat yang akan menghantar utusan sama ada kesemua komputer (dalam rangkaian bintang broadcast) atau hanya kepada destinasi komputer tertentu sahaja (dalam rangkaian bintang switch). Hab dalam rangkaian bintang broadcast terdiri dari dua jenis iaitu jenis aktif atau pasif.


Hab aktif

Hab jenis aktif menjana semula isyarat elektrik dan menghantarnya kesemua komputer dalam rangkaian. Hab ini juga dikenali sebagai multiport repeater. Hab dan switch jenis aktif memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.


Hab pasif

Hab jenis pasif hanya bertindak sebagai punca penyambungan yang akan menguatkan atau menjana semula sebarang isyarat yang melaluinya. Hab jenis pasif tidak memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.

Kelebihan dan kelemahan topologi bintang                                                


Kelebihan

  • Mudah untuk diubahsuai dan menambah komputer dalam bintang tanpa mengganggu rangkaian.
  • Baik pulih rangkaian mudah dilakukan di pusat bintang.
  • Satu komputer rosak tidak semestinya menjejaskan rangkaian.
  • Boleh menggunakan beberapa jenis kabel dalam rangkaian yang sama, dengan hab yang boleh menerima jenis-jenis kabel yang berlainan.


Kelemahan

  • Rangkaian tidak dapat berfungsi jika hab gagal berfungsi.
  • Memerlukan peranti di pusat bintang untuk rebroadcast atau tukarkan(switch) trafik rangkaian.
  • Harga lebih tinggi kerana semua kabel perlu ditarik daripada pusat.

TOPOLOGI BAS



Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi rangkaian komputer yang paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagaisegmen atau tulang belakang, yang menyambungkan semua komputer dalam rangkaian ke dalam satu barisan.

Komunikasi

Komputer di dalam topologi ini berkomunikasi dengan cara mengalamatkan data kepada satu komputer tertentu dan kemudian meletakkan data tersebut pada kabel dalam bentuk isyarat-isyarat elektronik. 3 konsep perlu diambil kira supaya komputer dapat berkomunikasi di dalam rangkaian bas.


Penghantaran Isyarat

Data dalam rangkaian berada dalam bentuk isyarat elektronik, ia dihantar kepada semua komputer dalam rangkaian. Maklumat ini hanya akan diterima oleh komputer yang mempunyai alamat yang sepadan dengan alamat yang dikodkan oleh isyarat asal. Hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar isyarat atau data dalam tempoh satu masa.
Data dihantar ke semua komputer, tetapi hanya diterima oleh komputer beralamat serupa
Oleh kerana hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar data dalam satu masa, maka ini akan memberi kesan kepada prestasi rangkaian apabila bilangan komputer dalam rangkaian bertambah. Semakin banyak komputer yang tersambung maka semakin lama komputer menunggu giliran untuk menghantar data dan rangkaian akan menjadi semakin perlahan.
Selain itu, ada juga faktor lain yang mempengaruhi kelajuan rangkaian, antaranya:
  • Keupayaan perkakasan komputer dalam rangkaian.
  • Jumlah kekerapan komputer menghantar data.
  • Jenis aplikasi yang sedang dilaksanakan dalam rangkaian.
  • Jenis kabel yang digunakan dalam rangkaian.
  • Jarak di antara satu komputer dengan komputer yang lain dalam rangkaian.


Lantunan isyarat

Data yang berupa isyarat elektronik yang dihantar ke seluruh rangkaian akan bergerak dari pangkal hingga ke hujung kabel rangkaian. Jika isyarat ini tidak dihentikan, isyarat ini akan melantun ke hadapan dan ke belakang di sepanjang talian tersebut. Ini akan menyebabkan komputer lain tidak dapat menghantar isyarat atau data. Maka dengan itu isyarat ini harus dihentikan setelah ia sampai ke alamat yang dituju.


Penamat

Untuk menghentikan isyarat ini dari melantun, penamat (terminator) diperlukan pada kedua-dua hujung kabel tersebut. Penamat ini berfungsi untuk menyerap isyarat yang telah dihantar agar ia tidak melantun dan mengganggu komputer lain yang sedang menunggu giliran untuk menghantar data.


Kelebihan dan kelemahan topologi bas


Kelebihan

  • Mudah dilaksanakan
  • Sesuai untuk rangkaian sementara atau rangkaian kecil yang tidak memerlukan kelajuan tinggi (pemasangan segera)
  • Kos yang murah
  • Lebih efektif kerana menggunakan satu kabel
  • Kerosakan mudah dikesan


Kelemahan


  • Jika satu kabel rosak atau terputus, maka keseluruhan rangkaian tidak dapat berfungsi. Ini kerana berlakunya lantunan isyarat di dalam rangkaian.
  • Panjang kabel dan bilangan komputer terhad
  • Menjadi perlahan apabila banyak komputer disambungkan

TOPOLOGI CINCIN

Topologi cincin adalah satu topologi rangkaian komputer di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.
Oleh kerana topologi cincin menyediakan hanya satu laluan di antara dua nod, topologi ini mungkin akan terganggu jika berlaku kegagalan di antara satu pautan. Satu nod gagal berfungsi atau kerosakan kabel berlaku menyebabkan semua nod akan terasing dari topologi cincin. Rangkaian FDDI dapat mengatasi kelemahan dengan penghantaran data mengikut arah jam dan arah lawan jam membentuk cincin: jika berlaku kegagalan data akan dihantar balik untuk melengkapkan cincin sebelum ia sampai dihujung kabel, ia bertindak menyelenggarakan sepanjang setiap nod seperti "cincin C". Protokol rangkaian 802.5 -- juga dikenali sebagai rangkaian gelang token IBM -- juga mengelak kelemahan tersebut: mereka menggunakan topologi bintang pada lapisan fizikaldan unit akses pelbagai stesen untuk meniru cincin pada lapisan pautan data.
Banyak rangkaian cincin menambah satu "kaunter cincin berputar" untuk membentuk satu topologi berlebihan.

Kelebihan

  • Rangkaian ini tidak memerlukan komputer pelayan
  • Rangkaian boleh dibina lebih luas menggunakan gelang token


Kelemahan

  • Satu komputer tidak berfungsi menyebabkan masalah dalam rangkaian
  • Tidak mudah untuk membaik pulih jika berlaku kerosakan
  • Kad rangkaian jenis MAU mahal dari kad rangkaian jenis ethernet
  • Lebih perlahan dari rangkaian ethernet

Monday 11 July 2011



Motherboard

  • Papan utama atau papan sistem merupakan jantung bagi setiap komputer peribadi. 
  • Papan utama atau papan sistem ialah papan litar yang besar yang terletak di bahagian chasis unit sistem. Papan sistem diperbuat daripada kepingan kaca serat ( fibre glass ) yang berwarna hijau dan di atasnya dipenuhi dengan cip ( IC ) , perintah ( resistor) , kapasitor ( capasitor) dan litar elektronik ( electronic circuit ).
  • Umumnya, kebanyakan papan induk moden mengandungi komponen-komponen


Tetikus/Mouse
  • Tetikus ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan. 
  • ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata.
  • Jenis2 tetikus@mouse 


Papan  kekunci / Keyboard


  •  Keyboard adalah sebuah komponen komputer inputan yang berfungsi sebagai alat untuk menaip sesuatu. 
  • Selain keyboard standard, keyboard komputer saat ini mempunyai model bermacam-macam, seperti keyboard mini, keyboard fleksibel yang boleh dilipat, keyboard wireless yang menggunakan bluetooth, dan lain sebagainya.