Friday 22 July 2011

TOPOLOGI BINTANG
Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari komputer akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab.
Topologi bintang ini juga boleh dikembangkan untuk membentuk rangkaian yang dikenali sebagai topologi bintang hibrid iaitu sambungan dengan beberapa hab.
Setiap komputer di dalam topologi bintang berkomunikasi dengan hab pusat yang akan menghantar utusan sama ada kesemua komputer (dalam rangkaian bintang broadcast) atau hanya kepada destinasi komputer tertentu sahaja (dalam rangkaian bintang switch). Hab dalam rangkaian bintang broadcast terdiri dari dua jenis iaitu jenis aktif atau pasif.


Hab aktif

Hab jenis aktif menjana semula isyarat elektrik dan menghantarnya kesemua komputer dalam rangkaian. Hab ini juga dikenali sebagai multiport repeater. Hab dan switch jenis aktif memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.


Hab pasif

Hab jenis pasif hanya bertindak sebagai punca penyambungan yang akan menguatkan atau menjana semula sebarang isyarat yang melaluinya. Hab jenis pasif tidak memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.

Kelebihan dan kelemahan topologi bintang                                                


Kelebihan

  • Mudah untuk diubahsuai dan menambah komputer dalam bintang tanpa mengganggu rangkaian.
  • Baik pulih rangkaian mudah dilakukan di pusat bintang.
  • Satu komputer rosak tidak semestinya menjejaskan rangkaian.
  • Boleh menggunakan beberapa jenis kabel dalam rangkaian yang sama, dengan hab yang boleh menerima jenis-jenis kabel yang berlainan.


Kelemahan

  • Rangkaian tidak dapat berfungsi jika hab gagal berfungsi.
  • Memerlukan peranti di pusat bintang untuk rebroadcast atau tukarkan(switch) trafik rangkaian.
  • Harga lebih tinggi kerana semua kabel perlu ditarik daripada pusat.

TOPOLOGI BAS



Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi rangkaian komputer yang paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagaisegmen atau tulang belakang, yang menyambungkan semua komputer dalam rangkaian ke dalam satu barisan.

Komunikasi

Komputer di dalam topologi ini berkomunikasi dengan cara mengalamatkan data kepada satu komputer tertentu dan kemudian meletakkan data tersebut pada kabel dalam bentuk isyarat-isyarat elektronik. 3 konsep perlu diambil kira supaya komputer dapat berkomunikasi di dalam rangkaian bas.


Penghantaran Isyarat

Data dalam rangkaian berada dalam bentuk isyarat elektronik, ia dihantar kepada semua komputer dalam rangkaian. Maklumat ini hanya akan diterima oleh komputer yang mempunyai alamat yang sepadan dengan alamat yang dikodkan oleh isyarat asal. Hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar isyarat atau data dalam tempoh satu masa.
Data dihantar ke semua komputer, tetapi hanya diterima oleh komputer beralamat serupa
Oleh kerana hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar data dalam satu masa, maka ini akan memberi kesan kepada prestasi rangkaian apabila bilangan komputer dalam rangkaian bertambah. Semakin banyak komputer yang tersambung maka semakin lama komputer menunggu giliran untuk menghantar data dan rangkaian akan menjadi semakin perlahan.
Selain itu, ada juga faktor lain yang mempengaruhi kelajuan rangkaian, antaranya:
  • Keupayaan perkakasan komputer dalam rangkaian.
  • Jumlah kekerapan komputer menghantar data.
  • Jenis aplikasi yang sedang dilaksanakan dalam rangkaian.
  • Jenis kabel yang digunakan dalam rangkaian.
  • Jarak di antara satu komputer dengan komputer yang lain dalam rangkaian.


Lantunan isyarat

Data yang berupa isyarat elektronik yang dihantar ke seluruh rangkaian akan bergerak dari pangkal hingga ke hujung kabel rangkaian. Jika isyarat ini tidak dihentikan, isyarat ini akan melantun ke hadapan dan ke belakang di sepanjang talian tersebut. Ini akan menyebabkan komputer lain tidak dapat menghantar isyarat atau data. Maka dengan itu isyarat ini harus dihentikan setelah ia sampai ke alamat yang dituju.


Penamat

Untuk menghentikan isyarat ini dari melantun, penamat (terminator) diperlukan pada kedua-dua hujung kabel tersebut. Penamat ini berfungsi untuk menyerap isyarat yang telah dihantar agar ia tidak melantun dan mengganggu komputer lain yang sedang menunggu giliran untuk menghantar data.


Kelebihan dan kelemahan topologi bas


Kelebihan

  • Mudah dilaksanakan
  • Sesuai untuk rangkaian sementara atau rangkaian kecil yang tidak memerlukan kelajuan tinggi (pemasangan segera)
  • Kos yang murah
  • Lebih efektif kerana menggunakan satu kabel
  • Kerosakan mudah dikesan


Kelemahan


  • Jika satu kabel rosak atau terputus, maka keseluruhan rangkaian tidak dapat berfungsi. Ini kerana berlakunya lantunan isyarat di dalam rangkaian.
  • Panjang kabel dan bilangan komputer terhad
  • Menjadi perlahan apabila banyak komputer disambungkan

TOPOLOGI CINCIN

Topologi cincin adalah satu topologi rangkaian komputer di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.
Oleh kerana topologi cincin menyediakan hanya satu laluan di antara dua nod, topologi ini mungkin akan terganggu jika berlaku kegagalan di antara satu pautan. Satu nod gagal berfungsi atau kerosakan kabel berlaku menyebabkan semua nod akan terasing dari topologi cincin. Rangkaian FDDI dapat mengatasi kelemahan dengan penghantaran data mengikut arah jam dan arah lawan jam membentuk cincin: jika berlaku kegagalan data akan dihantar balik untuk melengkapkan cincin sebelum ia sampai dihujung kabel, ia bertindak menyelenggarakan sepanjang setiap nod seperti "cincin C". Protokol rangkaian 802.5 -- juga dikenali sebagai rangkaian gelang token IBM -- juga mengelak kelemahan tersebut: mereka menggunakan topologi bintang pada lapisan fizikaldan unit akses pelbagai stesen untuk meniru cincin pada lapisan pautan data.
Banyak rangkaian cincin menambah satu "kaunter cincin berputar" untuk membentuk satu topologi berlebihan.

Kelebihan

  • Rangkaian ini tidak memerlukan komputer pelayan
  • Rangkaian boleh dibina lebih luas menggunakan gelang token


Kelemahan

  • Satu komputer tidak berfungsi menyebabkan masalah dalam rangkaian
  • Tidak mudah untuk membaik pulih jika berlaku kerosakan
  • Kad rangkaian jenis MAU mahal dari kad rangkaian jenis ethernet
  • Lebih perlahan dari rangkaian ethernet

Monday 11 July 2011



Motherboard

  • Papan utama atau papan sistem merupakan jantung bagi setiap komputer peribadi. 
  • Papan utama atau papan sistem ialah papan litar yang besar yang terletak di bahagian chasis unit sistem. Papan sistem diperbuat daripada kepingan kaca serat ( fibre glass ) yang berwarna hijau dan di atasnya dipenuhi dengan cip ( IC ) , perintah ( resistor) , kapasitor ( capasitor) dan litar elektronik ( electronic circuit ).
  • Umumnya, kebanyakan papan induk moden mengandungi komponen-komponen


Tetikus/Mouse
  • Tetikus ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan. 
  • ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata.
  • Jenis2 tetikus@mouse 


Papan  kekunci / Keyboard


  •  Keyboard adalah sebuah komponen komputer inputan yang berfungsi sebagai alat untuk menaip sesuatu. 
  • Selain keyboard standard, keyboard komputer saat ini mempunyai model bermacam-macam, seperti keyboard mini, keyboard fleksibel yang boleh dilipat, keyboard wireless yang menggunakan bluetooth, dan lain sebagainya.


Pembesar suara / speaker
  • Pembesar suara merupakan transduser elektroakustik yang menukar isyarat elektrik kepada bunyi. Pembesar suara menolak satu perantaraan menurut denyutan isyarat elektrik, dengan itu menyebabkan gelombang bunyi terhasil dari mana ia boleh diterima oleh telinga. Pembesar suara (dan transduser elektroakustik yang lain) ialah unsur paling banyak kepelbagaian dalam sistem audio moden dan biasanya bertanggungjawab bagi kebanyakan perbezaan bunyi apabila membanding sistem-sistem berlainan.


Kad Grafik
  • Kad grafik, kad video, kad VGA (Video Graphics Array) dan kad paparan mempunyai fungsi yang sama dalam sistem komputer iaitu untuk paparan maklumat pada skrin komputer. 
  • Ia akan membina dan menghasilkan imej untuk paparan sistem komputer seperti yang kelihatan pada skrin monitor sesebuah komputer.

Sunday 10 July 2011

Kad bunyi
  • Sound card adalah sebuah komponen komputer yang berfungsi untuk menghasilkan suara dan menyediakan port-port input dan output.Sound card biasanya telah disediakan secara onboard di motherboard-motherboard baru yang ada di pasaran kini, jadi kita tidak perlu mengeluarkan dana tambahan untuk membeli sebuah sound card.

        Monitor
  • Monitor komputer merupakan sejenis peranti perisian output yang berupaya memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik
  • Tedapat empat jenis Monitor, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monitor segerak berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display)

Sunday 3 July 2011

TUGASAN ICT

NAMA : MUHAMMAD ASNAWI BIN ZAWAWEE
UMUR : 14 TAHUN
CITA-CITA : JURU TERBANG
HOBI: MEMANCING